Tarikh: 24 Oktober 2024
Anjuran: Syarikat PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU)
Program: Syarikat PDC Setia Urus Sdn Bhd (PDCSU) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Loi Kai Horng turut menyertai operasi bersepadu gelandangan semalam di sekitar kawasan KOMTAR.
PDCSU selaku Pengurus Bangunan KOMTAR berharap operasi seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap secara berkala pada masa akan datang. Tujuannya adalah untuk gelandangan atau golongan yang kurang bernasib baik ini dapat diselamatkan dan ditempatkan semula di tempat yang lebih sesuai serta diberi rawatan atau perkerjaan yang bersesuaian.
Pihak PDCSU mengucapkan ribuan terima kasih dan perhargaan kepada YB Lim Siew Khim 林秀琴 (Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam), YB Teh Lai Heng 郑来兴 (ADUN KOMTAR) dan semua agensi terlibat yang turut serta di dalam operasi ini.








