Tarikh: 10 October 2023
Anjuran: Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang
Program: PDC Setia Urus dipilih sebagai penerima Anugerah Semarak Gemilang 2023 dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta plak penghargaan sempena Majlis Apresiasi Semarak Gemilang yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.
PDC Setia Urus komited bekerjasama menjayakan rakaman bahagian video gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan 2023 dengan menghias Jalur Gemilang di sekitar KOMTAR, The Top dan Tapak Unesco Georgetown di samping mengajurkan Program Semarak Gemilang@KOMTAR Peraduan Mewarna Kanak-Kanak.




