Perbadanan Pengurusan Komtar Fasa Satu (PPKFS) menganjurkan satu pertandingan terbuka bagi Reka Bentuk Arca yang akan dibina dan ditempatkan di hadapan Jalan Magazine, KOMTAR untuk mencetus idea kreativiti dan inovasi masyarakat setempat.
Syarat-Syarat Pertandingan
- Simbolik Pulau Pinang.
- Kertas cadangan reka bentuk arca dihantar dalam bentuk ‘conceptual design’.
- Ketinggian maksimum arca 3 meter & keluasan 50 meter persegi.
- Penyertaan dibuka kepada peserta individu atau secara berkumpulan.
Maklumat Pertandingan
- Tiada yuran pendaftaran.
- Setiap peserta akan diberi Sijil Penyertaan.
- Tarikh tutup pendaftaran 26 Mac 2024. Pihak PPKFS akan menghubungi peserta selepas pendaftaran untuk taklimat tapak.
- Sila tekan butang dibawah untuk pendaftaran.