Lawatan Akademik Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) & Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTTS)

Lawatan-Akademik-Pelajar-Universiti-Sains-Malaysia-(USM)-Politeknik-Tuanku-Syed-Sirajuddin-(PTSS)

Tarikh: 9 October 2026
Anjuran: PDC Setia Urus Sdn. Bhd.

Program:  Lawatan Akademik Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) & Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)


Pada 9hb Oktober 2026, PDC Setia Urus Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan daripada para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bagi tujuan pengumpulan maklumat dan penggambaran projek akademik berkaitan KOMTAR. Dalam sesi perkongsian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Setia Urus Sdn. Bhd. iaitu Tuan Loi Kai Horng, turut berkongsi pengalaman, cabaran serta strategi dalam mengurus dan memastikan kelangsungan sebuah bangunan bersejarah seperti KOMTAR. Beliau juga berkesempatan ditemu bual oleh para pelajar sebagai sebahagian daripada penghasilan video dokumentari mereka, dengan berkongsi pandangan serta maklumat berkaitan sejarah, perkembangan dan peranan KOMTAR sebagai salah satu mercu tanda penting Pulau Pinang. PDC Setia Urus amat menghargai minat dan usaha para pelajar dalam menjadikan KOMTAR sebagai sebahagian daripada projek akademik mereka. Semoga perkongsian yang disampaikan serta pengalaman sepanjang lawatan ini dapat memberikan pengetahuan dan perspektif baharu kepada para pelajar dalam menghasilkan projek mereka. Terima kasih atas kunjungan dan selamat maju jaya kepada semua pelajar!